Bismillahirahmannirahim
Assalamualikum w.b.t,
Baru-baru ini ,Halaqah Tv 9 telah mengupas tajuk yang sangat menarik dan menyentuh jiwa bagi sesiapa yang menonton ,iaitu mengenai "Telaga Kausar" . Menerusi surah al-kawtsar ,yang merupakan surah yang ke 108 ,mempunyai 3 ayat ,
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak .Maka dirikan lah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus ."
Imam Muslim meriwayatkan dari Anas Bin Malik r.a ,ia berkata : "Ketika Rasulullah S.A.W bersama kami di dalam masjid ,beliau tertidur ringan .Tiba-tiba beliau mengankat kepalanya dan tersenyum .Kami bertanya ,"apa yang membuat anda tersenyum ya Rasulullah ?" Beliau menjawab ,"Baru saja diturunkan satu surah kepada aku." Rasulullah S.A.W kemudiannya membacakan surah al-kawtsar tersebut .Selesai baginda membacakan surah tersebut ,baginda bertanya kepada para sahabat ,"Tahukah kalian apa al-kawtsar itu ? "Kami menjawab , "Allah dan rasul-Nya lebih tahu ." Baginda bersabda ," Itu adalah sungai di syurga yang di janjikan Tuhan ku kepada ku .Di sana ada banyak kebaikan ,iaitu mata air yang akan di datangi umat ku pada hari kiamat kelak .Gayungnya sebanyak sebanyak bintang di langit .Ada seorang hamba dari mereka di halau dari sana .Aku lalu berkata ,"Wahai Tuhan ,ia itu termasuk umatku ." Maka Allah S.W.T berfirman , "Engkau tidak tahu apa yang ia lakukan sepeninggalmu ." -diriwayatkan Imam Muslim ,Dawud dan Nasa'i .
Di dalam surah al-kawtsar ini terdapat 3 perkara yang di terangkan Allah S.W.T ,iaitu yang pertama mengenai nikmat-nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada makhluk-Nya ,termasuklah nikmat-nikmat yang bakal di terima oleh hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa di hari akhirat kelak iaitu telaga kausar .Telaga kausar ini juga adalah merupakan bukti cinta Allah S.W.T kepada hamba-Nya dan ia adalah khas bagi umat Nabi Muhammad S.A.W .Ya Allah ,bersyukurnya kita kepada-Nya di kurniakan berbagai nikmat yang tidak terhitung ini ,dan bersyukur kerana dipilih sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W kerana insyaAllah satu hari nanti di beri peluang untuk meminum air dari telaga kausar ini .Telaga kausar ini di ceritakan oleh Imam Ahamad dari Anas melalui hadis Rasulullah S.A.W ,
"Aku di beri al-kautsar ,ternyata ia adalah sungai yang mengalir dan tidak bercabang satu pun .Di kedua tepinya terdapat dua kubah dari mutiara .Aku memegang tanah (di dasarnya ) ,ternyata itu adalah kasturi yang sangat wangi .Dan ternyata kerikilnya juga mutiara ." -Imam Ahmad .
hadis di atas sudah cukup padat untuk menerangkan gambaran sungai kausar yang penuh indah dan khasiatnya ,persoalannya adakah kita merupakan golongan yang di beri peluang oleh Allah S.W.T untuk turut minum air dari telaga al-kautsar bersama-sama Rasul Allah dan para sahabatnya??
Perkara yang kedua adalah mengenai tentang ibadah solat dan korban .Ia juga menjawab persoalan yang kedua mengenai siapakah yang hamba-hamba-Nya yang layak untuk meminum air dari telaga kausar itu..Dalam ayat yang kedua ini Allah S.W.T telah menyuruh kita agar ikhlas kan hati kita dalam melakukan ibadah-ibadah seperti solat dan berkorban dan jangan sesekali menyekutukan-Nya . Saranan ini juga boleh kita lihat dari surah yang selalu kita baca dalam solat kita iaitu dari surah Al-An'am 6:162 yang bermaksud ,
"Katakanlah :Sesungguhnya solatku ,ibadahku ,hidupku ,dan matiku hanyalah kerana Allah S.W.T ,Tuhan semesta alam ."
Seterusnya ,perkara yang ketiga adalah mengenai orang-orang yang di dalamnya ada sifat-sifat kebencian terhadap Rasulullah maka terputuslah ia .
"Katakanlah :Sesungguhnya solatku ,ibadahku ,hidupku ,dan matiku hanyalah kerana Allah S.W.T ,Tuhan semesta alam ."
Seterusnya ,perkara yang ketiga adalah mengenai orang-orang yang di dalamnya ada sifat-sifat kebencian terhadap Rasulullah maka terputuslah ia .
No comments:
Post a Comment